Posts

Showing posts from February, 2019

Kisah Ayam Berlaga (bukan Cap Ayam ye)

Image
Situasi sorang budak sedang tengok ayam berlaga,dan seorang pakcik ..... Bermulanya cerita, seorang budak lelaki berdiri sedang memerhati sesuatu(ayam berlaga).. Dan Ada sorang PakCik datang duduk mencangkung disebelah budak tersebut.. Pakcik :" apa kamu tengok dik, ayam bersabung?" Adik: " haah pakcik, ayam tu bergaduh" Pakcik: " kenapa ayam tu bergaduh?"" Adik: " entah pakcik, ayam tu datang2 terus gaduh" Pakcik: "dah adik tengok ape jek yang ayam tu gaduh?" Adik: "tengok dia gigit2 pakcik.." Pakcik: "ermmmmm....cuba tengok dengan teliti, tengok ayam tu camana, lompat2, masuk pada lawannya, kaki, kepak, paruh dia guna, sampai berdarah darah. Tengok kat kakinya ada senjata, tu apa namanya.."" Adik: "tu kuku belakangnye pakcik" Pakcik: "tu taji namanya, senjata bagi ayam. Tengok ayunan badan ayam tu, ke kiri, kekanan, lombat, libas, cakar, patuk dan menikam guna taji

Meniti Sebuah Perjalanan Masa- Mentari DiHujung Dunia

Image
Bersatu Teguh Bercerai Roboh, Erat Kita Kukuh Longgar Mudahlah Jatuh. Lahirku Ditanah Malaya, Membesarku Juga Ditanah Malaya, Merangkak Berdiriku Mengenal Dunia, Pelbagai Yang Dijumpa Sepanjang Masa.. Islam Itu Agama Rasmi Ditanah Ini Hak KeUtamaan Raja- Raja Melayu Disini, Hak Bangsa Melayu & Pribumi, Sepertimana Yang Telah DiNyatakan Dalam Perlembagaan. Kisah Lampau Jangan Diketepikan, Lebih Baik Mendalami Untuk Jadi Pedoman & Panduan, Moga Tak Buta Bila Berjalan, Moga Tak Menjadi Si-Ikut-ikutan.. Pelbagai Dugaan Telah Dilalui Ditanah Ini, Pelbagai Keperitan Telah Ditanggung Oleh Mereka Disini, Bangkit Berjuang Demi Agama Bangsa, Mempertahan Hak Menghapus SiPenceroboh Negara. Sedarlah Anak Bangsaku, Kemodenan Itu Bukanlah Untuk Lupa Perkara Lalu, Jika Dilupa Bahana Yang Akan Menimpa, Pelbagai Mata Memerhati Kita, Pelbagai Cara Mereka Guna, Dari Sudut Mana Sekalipun Mereka Cuba, Bagi Melalaikan Anak Bangsa Dalam Masa, Walau Hidup D

Sejarah Buah Pukul Melayu - LIAN

Image
Muqaddimah Seni Silat Beladiri LIAN (BERLIAN/BELIAN:Permainan/Latihan Dalam Lian) atau dahulunya dikenali BUAH PUKOL adalah seni tempur perang kuno. Ianya seni tempur tanpa senjata/bersenjata jarak dekat dan sederhana. Orang lama kata,seni ini jika dapat kuasai jurusnya dengan secara automatik boleh bermain apa juga bentuk senjata.,tapi apa yang penting kuasai jurus dan fahami jurus.  Senjata utama lebih kepada Tekpi.              •Seni Gerak Beladiri LIAN• LIAN atau dahulunya dikenali BUAH PUKUL adalah sebuah seni tempur beladiri lampau.. Sebuah Beladiri yang Ringkas. Gerak Latihan fizikal dan stamina yang ditekankan. Sekarang,Asal Dengar Lian jek,orang-orang akan fikir permainan tangannya.. Ada yang kata Lian ni Tangannya Laju,Geraknya Pantas,Simple... Ada juga yang kata Lian ni hebat pada tangannya. Tapi sejujurnya, Permainan Lian/Buah Pukul ni ianya selari Tangan dan Kakinya. Permainan Kakinya juga membunuh. Hamba juga ada kenal orang-orang lama,pewari