Kisah Ayam Berlaga (bukan Cap Ayam ye)
Situasi sorang budak sedang tengok ayam berlaga,dan seorang pakcik .....
Bermulanya cerita, seorang budak lelaki berdiri sedang memerhati sesuatu(ayam berlaga)..
Dan Ada sorang PakCik datang duduk mencangkung disebelah budak tersebut..
Pakcik :" apa kamu tengok dik, ayam bersabung?"
Adik: " haah pakcik, ayam tu bergaduh"
Pakcik: " kenapa ayam tu bergaduh?""
Adik: " entah pakcik, ayam tu datang2 terus gaduh"
Pakcik: "dah adik tengok ape jek yang ayam tu gaduh?"
Adik: "tengok dia gigit2 pakcik.."
Pakcik: "ermmmmm....cuba tengok dengan teliti, tengok ayam tu camana, lompat2, masuk pada lawannya, kaki, kepak, paruh dia guna, sampai berdarah darah. Tengok kat kakinya ada senjata, tu apa namanya..""
Adik: "tu kuku belakangnye pakcik"
Pakcik: "tu taji namanya, senjata bagi ayam.
Tengok ayunan badan ayam tu, ke kiri, kekanan, lombat, libas, cakar, patuk dan menikam guna tajinya, kalau ayam lagi satu tu kena, akan tembus pada badannya, pastu mati"
Adik: "berdarah lah nanti badan ayam tu ye pakcik kalau kena taji ayam satu lagi tu ye pakcik???"""
Pakcik: (sambil merenung ayam) ""ye dik..""
Selang beberapa detik, pakcik tanya..
Pakcik: "suke gaduh"
Adik: " tak pakcik, gaduh sakit...kalau orang usik sikit2 kita lawan la pakcik, pukul2 balik"
Pakcik: "ya, itulah kehidupan, perlu membela diri, sebab nanti makin hari adik makin besar, nanti macam2 adik akan jumpa bila dah keluar cari kerja... adik minat beladiri...ermmm..silat?"
Adik: " silat tu apa pakcik"
Pakcik: " silat tu seni beladiri, belajar mempertahankan diri dari kene usik2, kene buli, dan silat tu pun bagus untuk diri, ye boleh jadi senaman dengan gerak2 kita berlatih tu"
Adik: " berlatih tu mcm mana pakcik, mcm cerita kungfu tu ke pakcik"
Pakcik: " cerita kungfu tu dah berlawan, silat ni pun mcm tu la dik, untuk pertahankan diri dari orang buli atau pukul kita.. nanti adik dh besar adik g belajar temlat lain ke, nnt ade orang usik2 kita, buli kita..
silat ni dpt juga kita pertahankan diri dik.. bila dh kerja pun atau bila2 masa, ia berguna juga dik..
orang nk mencuri ke, nk pau adik ke, orang nk usik adik ke kt tempat kerja, mana kita tau kn..
adik kalau kene usik atau pukul sakit tak??"
Adik: " sakit la pakcik, kadang2 nanges pakcik, kadang2 sampai lebam2 berdarah darah"
Pakcik: "ha tengok macam ayam tu, bergaduh tu sakit tu, berdarah2 tengok balongnye..
jadi silat ni beladiri kita orang melayu, kalau kt china diorang panggil kungfu, jadi kita belajar silat ni nk kuatkan diri jugak dik, belajar nak terima sepak orang, pukul tumbuk orang, belajar nk elak, nak tepis."
Adik: " Ooooooo."
Pakcik: " budak lelaki tak elok menangis kalau kene buli, nanti lagi orang buli..
kalau adik belajar silat atau beladiri melayu kita ni, kita dapat jugak kuatkan diri...
jaga mak ayah ke kalau perompak masuk rumah, dapat tolong kawan2 juga yang kene buli, dpt tolong orang2 pompuan yg kne buli..haaa...
macam2 lagi dik boleh gune untuk kebaikan..
macam adik cakap, ayam tu td datang terus gaduh2, macam tu la kehidupan kita juga sesama manusia dik, mesti ada jek hal tak kena yang boleh diserang orang, mcm mana kalau satu hari orang datang tiba2 pukul adik???
Kalau adik ada belajar beladiri atau silat kita ni, adik boleh juga bersedia, bersedia hadapi kemungkinan yang boleh berlaku atau yang mendatang, adik akan jadi lebih teliti dan disiplin, menghormati orang lain dan membantu orang yang memerlukan, ianya juga dapat menimbulkan sifat kasih sayang yang tinggi sesama kita manusia ni..."
Adik: " kenape kita tak belajar kungfu pakcik mcm dlm tv tu"
Pakcik: " kungfu tu kt china, adik nk g china belajar"
Adik: " jauh kan pakcik"
Pakcik: "ye...jauh, jadi kita kan orang melayu, maka belajarlah orang melayu punye...
kt tempat kita kan banyak, lagi mudah nak belajar...
kalau adik belajar kt china, cikgu tu ckp cine, adik paham???""
Adik: "tak pakcik"
Pakcik: " jadi susah sikit nk belajar kan, baek adik belajar apa yang mudah adik belajar terutama warisan sendiri kita yang ada disini."
Ayam pun terus berlaga sambil menjeling jeling melihat pakcik dan si adik tu berborak.. dalam hati si ayam terdetik 'ada juga iktibar dr apa yang dilihat oleh manusia untuk dipelajari'. :)
Pakcik pun mula bangun dr duduknya.
Pakcik: " dik, siapa lagi nak jadi pewaris warisan kita kalau bukan adik2, kawan2 dan anak muda sekarang dan untuk masa akan datang kan...
takkan nak biar masa berlalu mcm tu jek, hilanglah warisan beladiri bangsa kita.
Kalau asik orang luar saja datang belajar ke negara kita, anak bangsa sendiri tak ambil peduli, rugilah buat diri dan generasi akan datang dik..
renungkanlah dik, ayam tu bergelut...
tengok setiap detik cara dan geraknya..
sakitkan kalau kena taji tu, taji tu mcm pisau untuk cucuk lawannya...
kalau adik belajar beladiri atau silat, ia macam keris lah utk menikam nikam musuh atau pengkhianat bangsa dan agama..""
Adik : " ermmmmmm" sambil termenung tengok ayam yang dah makin slow berlaga tu.
Pakcik: "apapun dik, bangunlah dengan pegangan, berdirilah dengan tujuan, berjalanlah sebagai seorang pejuang...
pejuang bukan pukul orang sesuke hati ya dik, tp berjuang atas keperluan semasa.."
Pakcik pun berlalu pergi.....
Harap ada la moral sikit dpt dikongsi cerita dalam bayangan sendiri ni yerk....
Moga anak bangsa terus kenali jati diri sendiri, bangsa dan agama, berpegang teguh dengan tiang agama, yang lebih penting bersatu teguhlah semua, dr kerenggangan yg membawa perpecahan ikatan.. kerana ada disini dan sana yg mencemburui keamanan disini, jadi berjaga lah.. dan sedarlah..
Ukhwah merapat Ikatan Silaturrahim Bersama.
Seruan Agama Yang Utama Dalam Persaudaraan Sesama Ummah..
Mengelamun dalam bayangan sendiri jek dalam kisah ayam,pakcik dan budak...
BLB
Comments
Post a Comment