Buah Pukul DiLembah Klang


Buah Pukul / Permainan Buah Pukul...
Apa tu??
Camana Permainannya,Tak Pernah Dengar Pun...

Itulah Pertama Kali Penulis Dengar sekitar tahun 2010 di Area Lembah Klang..
Berkemungkinan ramai yang masih tidak Mengenalinya,tidak seperti Persatuan2 Silat Yang Sedia ada dan telah dikenali.
Aliran Buah Pukul ini tidaklah Hebat seperti Persatuan2 Persilatan Yang Telah Lama Dikenali Umum diMalaysia ini..

Buah Pukul @LIAN ni sebenarnya telah lama ditanah Melayu ini..
Ianya cukup dikenali di belah2 Selatan dan Pantai Timur.
Asal permainan ini,tidaklah dibuka umum,mungkin itulah ramai yang tidak kenal atau tahu akannya.

Sejarah asalnya,Ia diajar pada sanak saudara dan kenalan2 terdekat shj.
Gelanggangnya cuma didalam rumah ataupun jika diluar,ianya ditutup sekelilingnya.
Bagi yang hendak tahu, yang teringin utk belajar,dialukan untuk masuk ke gelanggangnya,bukan bertanya2 diluar sana.

Latihannya Yang Simple,Pengisian-Pengisian Yang Simple,cuma Kekuatan Dalaman dan Kesabaran itulah yg utama dalam Mempelajarinya.Permainan Buah Pukul ini juga ada permainan Senjatanya,dan Aplikasi2 Senjata Dalam Gerak Latihannya. Cuma Sebelum Pegang Senjata,Kuasailah Segala Latihan,Huraian dan Aplikasinya. Fahami Langkahan dan Jalan yg dibawa,Sebelum lebih tinggi untuk mendakinya.dengan itu akan mudahlah untuk bermain Senjata.

Sekian kita tahu, Sejarah Asal Permainan Buah Pukul / Lian ini,sepertimana ada blog2 yg kongsikan berkenaannya.
 Bermula diMersing,dan Sekitarnya,naik ke Endau Sehingga Ke Pahang & Terengganu.

Ada Juga yang mengatakan permainan ini hebat pada Kepantasan dan Tangannya sahaja,Permainan Kaki itu kurang..
Benarkah???

Dari pengetahuan penulis,dan didengari dari sahabat2, Pemainan Buah Pukul ini, Ada Permainan Kakinya,Permainan Kakinya Seiring Dengan Tangan.
Cuma yg banyak ditunjukkan di Channel2 Youtube,Video2 yang dikongsikan,hanyalah Basicnya shj..
Permainan kakinya juga pantas dan membunuh juga.

Aliran Buah Pukul ini telah berkembang dari semasa ke semasa,dan pelbagai persatuan dibawah Aliran ini.. dan kini telah berkembang di Semenanjung..
Berikutan Hal yg Lalu,Ramai yang tidak tahu dan kenali permainan ini,dan kenalan2 pada sahabat pun sering bertanya berkenaan Buah Pukul dan kelas2 yang ada.

Maka Sahabat dan beberapa kenalan kepada penulis membuka satu FB : BELIAN LIAN BERSAUDARA / TERATAK BELIAN bertujuan untuk memperkenal dan mempromosikan permainan Buah Pukul dan Persatuan2 yang ada melalui penulisan mahupun perkongsian video. Disamping itu juga BerUkhwah dan mengikuti aktiviti2  Gerakan Persilatan mahupun Warisan.

BELIAN  bukanlah persatuan rasmi bagi mana2 Perguruan, Cuma ia adalah sebagai Gerakan/ Penggerak  dan Medium bagi Mempromosikan,Perkongsian2 Yang Berkenaan Dengan Permainan Buah Pukul ini untuk umum kenal dan kenalinya

Usaha yang telah dijalankan,Alhamdulillah telah berjalan dengan lancar dalam mempromosikan dan memperkenalkan pada umum dan dikhabarkan ramai juga yang inbox bertanya berkenaan Buah Pukul, Gelanggang2 yang ada disekitar Lembah Klang dan ada juga bertanya untuk mempelajari Gerak Beladiri ini.
Yang mana dia tahu,dia akn terangkan dan bagitahu gelanggang2 yang ada berdekatan dengan orang2 yg bertanyakan.

Dilembah Klang juga sebenarnya,telah lama juga Cawangan2 Gelanggang Persatuan Aliran Buah Pukul ini sudah bertapak,cuma tidak diketahui ramai shj.

Antara yang ada di Sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

-Lian Padukan
-Gerak Lian Malaysia
-Buah Pukul Mersing
-Lian Ilham
-Gayang Lima
-Seni Buah Lian
-PERAWAD Raja Pukul Awang Daik

Moga Terus Maju Dalam Perjalanan Masa Seni Persilatan & Beladiri Bangsa Melayu Kita.


  • SerumpunSeAgamaUkhwahBersaudara 






Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Buah Pukul Melayu - LIAN

Misteri Bangsa Melayu (DiSebalik Perjalanan Masa Tanah Melayu & Nusantara)

LIAN / Buah Pukul Melayu