Lingkaran Gerak Lian Malaysia
Persatuan Lingkaran Gerak Lian Malaysia merupakan beladiri yang ringkas,tangkas,pantas dan padat.
Memerlukan kecerdasan Dan kekuatan jiwa untuk mempelajari Dan menguasainya berikutan permainannya tiada bunga mahupun tari.
Ianya merupakan permainan Maknawi, Permainan ini ringkas Dan hanya dengan latihan yang berterusan itulah kebiasaan bagi pelian dalam menguasai permainan ini.
Gelanggang Utama di Lingkaran Cenderawasih, Kuantan Pahang.
• RINGKASAN PENGENALAN PLGLM
Persatuan Lingkaran Gerak Lian Malaysia adalah salah satu beladiri aliran Buah Pukul.
Diasaskan oleh Yang Mulia Guru Utama Encik Nazri Bin Hussien atau lebih dikenali dengan panggilan Pok Yie pada tahun 1996 diKuantan.
Pok Yie mula belajar permainan Lian ini dengan tiga orang guru bermula pada tahun 1964 di Tanjung Api dengan Pok Leh. Pada tahun 1970 Pok Yie Mendalami selok belok permainan Lian dengan Pok Dea dan Toki Ali pada 1975.
Bermulanya nama Lingkaran Gerak Lian Malaysia ini berdasarkan dari pegangan Pok Yie sendiri dalam beladiri iairu Gerak Hati dan Nafas. Dari situ jugalah berdasarkan pengamatan,pengalaman,kajian dan pemahaman Pok Yie maka terzahirlah makna LIAN dalam Persatuan ini dengan falsafah huraian Latihan Istiqomah Anggota Nafas.
"Satu kecantikan menjadi sempurna, Dari Berbagai-bagai Menjadi Satu"
Asal permainan Gerak Lian ini Dari Tanjung Api Kuantan iaitu Lian Yunnan. Setelah Pok Yie mendapat tauliah Dan peredaran masa juga membuatkan permainan ini dikemaskini oleh Pok Yie sendiri berdasarkan ilmu, pengalaman Dan kefahaman, ditambah pula penekanan pada fitness Dan sains sukan dalam pembelajarannya.
Permulaan didaftarkan dengan nama Pertubuhan Silat Gerak Lian Pahang, dan kini Dibawah ROS ia berdaftar dengan nama Persatuan Lingkaran Gerak Lian Malaysia.
Silibus Pembelajaran Gerak Lian merangkumi 4 tahap serta amalan Gaya Hidup Sihat juga amat ditekankan dalam latihan buat pelian-pelian.
" Ingin Peroleh Sesuatu Yang Indah itu perlukan Usaha, Dalam Usaha perlu adanya Ketabahan Dan Kesabaran, jika tidak manakan hadir keindahan Dan sesuatu yang tidak disangkakan"
Ia nya merujuk pada pembelajaran, perlunya kesabaran yang kuat, jika tergopoh inginkan sesuatu dengan cepat, kita tidak akan perolehkannya walhal wujud pula rasa putus asa dalam jiwa, kita akan rabun dan kabur dengan apa yang telah kita pelajari selama ini.
Dalam Gerak Lian juga mempunyai Falsafah-Falsafah yang harus difahami oleh pelian berkenaan permainan atau realiti berlawan.
Falsafah ini biasanya diberikan semasa dalam sesi pembelajaran yang dijalankan.
• MUTAQIL GERAK LIAN
Dalam Persatuan Lingkaran Gerak Lian Malaysia, perkataan MUQATIL sering kita terlihat Dan digunakan.
MUQATIL itu bermaksud Pahlawan, Muqatil Gerak Lian disini merujuk pada Pahlawan Gerak Lian yang menjadi istilah pada Latihan Istiqomah Anggota Nafas Dan kemahiran dalam beladiri. Untuk menjadi Pelian yang Mahir dalam LIAN, gerak lian sangat menekankan Latihan Dan Istiqomah, Mahir dalam Gerak Dan Anggota beserta Nafas itu sendiri. Pahlawan itu merujuk pada pelian sendiri ..
Comments
Post a Comment