Sejarah Buah Pukul Melayu - LIAN


  • Muqaddimah

Seni Silat Beladiri LIAN
(BERLIAN/BELIAN:Permainan/Latihan Dalam Lian) atau dahulunya dikenali BUAH PUKOL adalah seni tempur perang kuno. Ianya seni tempur tanpa senjata/bersenjata jarak dekat dan sederhana. Orang lama kata,seni ini jika dapat kuasai jurusnya dengan secara automatik boleh bermain apa juga bentuk senjata.,tapi apa yang penting kuasai jurus dan fahami jurus. 
Senjata utama lebih kepada Tekpi.
 
           •Seni Gerak Beladiri LIAN•

LIAN atau dahulunya dikenali BUAH PUKUL adalah sebuah seni tempur beladiri lampau..
Sebuah Beladiri yang Ringkas.
Gerak Latihan fizikal dan stamina yang ditekankan.

Sekarang,Asal Dengar Lian jek,orang-orang akan fikir permainan tangannya.. Ada yang kata Lian ni Tangannya Laju,Geraknya Pantas,Simple... Ada juga yang kata Lian ni hebat pada tangannya.

Tapi sejujurnya, Permainan Lian/Buah Pukul ni ianya selari Tangan dan Kakinya.
Permainan Kakinya juga membunuh.
Hamba juga ada kenal orang-orang lama,pewaris2 nyata,dan anak serta cucu2 tokih Aliran Lian ini.Mereka juga Sering Berkata Permainan Lian ini sangat Mendalam, Yang Ditunjuk di Youtube Atau FB adalah Asasnya sahaja,sebagai pengenalan bagi aliran2 mahupun persatuan2 Lian buah pukul ini.
Nak lebih mendalam,duduklah dalam Lian yang bermakan tahun untuk mendalaminya.Carilah dipelusuk2 Pantai Timur orang2 lama atau pewaris2 nyata.

Orang lama kata,seni ini jika dapat kuasai jurusnya dengan secara auto dan dengan mudah boleh bermain apa juga bentuk senjata.
tapi apa yang penting kuasai jurus dan fahami setiap inci gerak yang dilakukan dalam latihan berjurus. Rujukan juga pada guru bagi perkemas setiap gerak dalam latihan itu.

Jika mengikut cara dahulu, latihan yg berpanjangan bagi kemahiran dan pengusaan jurus dalam jangka masa yang panjang untuk satu-satu jurus. Telah dikuasai dengan kemas dan mahir dalam satu jurus,baru akan diberi jurus yang lainnya.

Latihan dengan gaya sebenar juga akan diberikan bagi kefahaman seseorang anak didik berkenaan perlawanan/pergaduhan.
Ambil rasa itulah membuka minda dan kefahaman berkenaan sesuatu itu...

Dalam Kalangan Pengamal Buah Pukul/LIAN,
Perkataan BERLIAN adalah sebahagian dari perkataan yang sering dikeluarkan..
Secara ringkas ianya merujuk kepada (Latihan,Berlatih,Bermain dalam latihan).

Bagi Aliran ini, Latihan adalah Utama dan ditekankan serta Istiqomah Sepanjang masa dalam mengamalkannya bagi gerakan Anggota tubuh dan Pernafasan Seseorang PELIAN itu amatlah penting.

Aliran lian ini dari satu kini rantingnya telah berkembang ke beberapa persatuan yang kita sedia tahu (contohnya: Persatuan Buah Pukul Mersing,Gayang Lima, Lian Paduka, Gerak Lian Malaysia, Lian Padukan, Seni Buah Lian, Lian Ilham,Raja Pukul Awang Daik, Gayang Lian, Pak Mat Klang, Buah Pukul Sabili-Dungun, Buah Pukul Kemaman, Buah Pukul Tanjung Api-Kuantan dan Sebagainya) dan persatuan-persatuan yang ada dikampung-kampung belah selatan dan pantai timur semenanjung


  •  Perincian serba sedikit

Seni beladiri ini sudah lama berkembang ditanah melayu,cuma adat seni ini ianya tidak ditunjuk, maka tidaklah masyarakat ketahui berkenaan seni ini. Dahulu pun seni ini diajar ditempat yang tidak  mudah dilihat orang,seperti dalam rumah atau jika digelanggang,gelanggangnya akan ditutupi sekelilingnya. Jadi orang tidak nampak,nak tahu belajar lah dengan guru-gurunya.

Tetapi kini Silat Lian / Buah Pukul ini sudah berkembang di semenanjung Malaysia dan mula dikenali ramai. Asalnya seni silat ini berkembang di belah selatan dan pantai timur sahaja, mula bertapak pada kurun ke-18 bermula diMersing.

Seni Lian/Buah Pukul merupakan seni pertahankan diri silam yang menjadi amalan para pengamal seni beladiri sejak dahulu lagi di belah Selatan dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia...
Ianya tersembunyi sejak sekian lama dan diajar kepada para saudara, rakan rapat dan terdekat sahaja. Tapi kini mula berkembang dan diterima masyarakat.

Kini seni beladiri LIAN ini telah banyak dikembangkan dengan pelbagai aliran persatuan tetapi masih dibawah aliran Buah Pukul. Pembelajaran yang agak mudah kerana tiada bunga,tetapi kekuatan stamina dan dalaman itu penting. 

Seni tempur beladiri ini agak ringkas, tetapi padat dengan pukulannya dan kepantasannya. Cerita ringkas berkenaan seni beladiri ini ialah gerak untuk memukul, asal gerak mesti pukul,asal ruang itu peluang. Kerajinan latihan dan latihan bayang sangat dititikberatkan dalam proses mempelajarinya, gerak hati dan ketajaman mata sangat penting dan  jika kena cara latihan dan kefahaman dalam jurus,tubuh dan anggota akan menjadi multi-fungsi.

Sejarah Aliran Lian 


 Asalnya Silat Lian hanya dikenali Buah Pukul sahaja. Dikenali juga Silat Gayang Lima,Lian Paduka,Buah Pukul Mersing. Perguruan ini dinamakan Lian Paduka kerana ia pernah diajar kepada Almarhum Sultan Ibrahim serta tentera-tentera nya.'Didalam buah ada pukul. Buah itu tumbuk dan pukul itu penyambut tumbuk atau cara memasukkan tumbuk'.Dinamakan Silat Yunan kerana ia dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang Islam dari Yunan, China. Ada dua permainan iaitu Lian Yunan dan Lian Kwantung. Telah dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul ini.

Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka. Berita itu sampai ke pengetahuan Sultan Ibrahim, Sultan Johor ketika itu, lalu baginda menitahkan pengawal peribadinya Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) untuk menyiasat kehebatan Syed Abdul Rahman. Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta izin dari Sultan untuk membawa sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu.

Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka. Akhirnya, kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka, Sultan Ibrahim menitahkan agar kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani.
Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu. Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut. Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing. Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik (Pak Mat Kedidi).


Awang Ali/Daik dan Sani Abu Samah

Pertamakali permainan ini diijazahkan kepada Syed Abd Rahman. Awang Ali dan Muhamad Yassin Yunos merupakan sahabat kepada Syed Abd Rahman yang menjadi murid sulung beliau.Setelah diijazahkan pada 5 Januari 1897 dirumah Datuk Untut anak Datuk Beremban di no 5 Jalan Maharani, Muar, mereka berdua mewarisi tugas guru iaitu mengajarkan seni silat ini.

Setelah diijazah Awang Daik menetap di Mersing. Semasa di Mersing, beliau akrab dengan Almarhum Sultan Ibrahim,Sultan Johor ke 2 sehingga beliau dilantik menjadi hakim di Mersing. Dengan adanya dua orang guru silat ini di Mersing menjadikan Mersing sebagai pusat silat ini dan menjadi sebab mengapa silat ini dikenali juga sebagai Buah Pukul Mersing.

Silat ini terus berkembang sehingga ke Rompin,Endau terus ke Sungai Ular dan negeri Terengganu. Tempat Muhamad Yassin Yunus diganti oleh Yaakob Tara dan Isa Sulaiman, dua orang yang menetap di Mersing. Bertambah lagi pengikut silat ini dengan perlantikan Muhamad Yasin Kubong yang juga dikenali Pak Teh Muhamad Yasin seorang anak jati Endau. Beliau adalah anak murid kanan kepada Awang Daik yang dilantik menjadi guru menggantikan guru silatnya.

Abdul Rahman Awang Chik,menantu kepada Awang Daik yang kemudian nya mengambil alih tugas Pak Teh Muhamad Yasin telah mengajar silat ini ke seluruh Endau sehingga ke Rompin. Sani Abu Samah seorang anak jati Mersing pula telah mengajar buah pukul Mersing ditempat kelahiran beliau itu. Seni silat ini terus berkembang ke Kluang apabila Abd Rahman Abd Majid mengambil alih tugas Sani Abu Samah sebagai guru.

Guru-guru tua Silat Lian:
Pak Andak Tab dan Pak Cik Pit dari Segamat, Che Wan Chik yang terkenal di Rompin, Pak Anjang Ibrahim,Haji Jambi, Tok Musa,Pak Atan, Mat Wong dan lain-lain.

Permainan Lian agak berbeza dari seorang guru ke seorang guru.Ada yang menyimpan petua permainan ini,berdiri kena elak pun kena.Terlalu halus untuk membaca gerak. Dalam permainan Lian,sebelum musuh bergerak,mesti dibunuh (pukul) gerak musuh terdahulu.. Dikatakan Lian yang cantik geraknya ialah Lian Anak Dara.   

(Perkongsian Dari Blog Lian Mersing)






Terima Kasih
Salam Ukhwah Serumpun Bangsa
Bersatu Teguh Erat Memperkukuh



Comments

  1. 練 "Lian" itu bahasa Hokkien

    Biasanya, orang Hokkien cakap 練拳頭 (lian kun thau) atau 拍拳頭 (phah kun thau). Buah pukul juga dikenali sebagai 拳頭(kun thau) atau bahasa Mandarin 拳道( quán dào)

    https://www.moedict.tw/'%E7%B7%B4

    https://en.m.wikipedia.org/wiki/Kuntao

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Misteri Bangsa Melayu (DiSebalik Perjalanan Masa Tanah Melayu & Nusantara)

LIAN / Buah Pukul Melayu