LIAN / Buah Pukul Melayu
Perkongsian:-
LIAN atau dahulunya dikenali BUAH PUKUL adalah sebuah seni tempur beladiri lampau..
Sebuah Beladiri yang Ringkas.
Gerak Latihan fizikal dan stamina yang ditekankan.
Sebuah Beladiri yang Ringkas.
Gerak Latihan fizikal dan stamina yang ditekankan.
Sekarang,Asal Dengar Lian jek,orang-orang akan fikir permainan tangannya.. Ada yang kata Lian ni Tangannya Laju,Geraknya Pantas,Simple... Ada juga yang kata Lian ni hebat pada tangannya.
Tapi sejujurnya, Permainan Lian/Buah Pukul ni ianya selari Tangan dan Kakinya.
Permainan Kakinya juga membunuh.
Hamba juga ada kenal orang-orang lama,pewaris2 nyata,dan anak serta cucu2 tokih Aliran Lian ini.Mereka juga Sering Berkata Permainan Lian ini sangat Mendalam, Yang Ditunjuk di Youtube Atau FB adalah Asasnya sahaja,sebagai pengenalan bagi aliran2 mahupun persatuan2 Lian buah pukul ini.
Nak lebih mendalam,duduklah dalam Lian yang bermakan tahun untuk mendalaminya.Carilah dipelusuk2 Pantai Timur orang2 lama atau pewaris2 nyata.
Orang lama kata,seni ini jika dapat kuasai jurusnya dengan secara auto dan dengan mudah boleh bermain apa juga bentuk senjata.
tapi apa yang penting kuasai jurus dan fahami setiap inci gerak yang dilakukan dalam latihan berjurus. Rujukan juga pada guru bagi perkemas setiap gerak dalam latihan itu.
tapi apa yang penting kuasai jurus dan fahami setiap inci gerak yang dilakukan dalam latihan berjurus. Rujukan juga pada guru bagi perkemas setiap gerak dalam latihan itu.
Jika mengikut cara dahulu, latihan yg berpanjangan bagi kemahiran dan pengusaan jurus dalam jangka masa yang panjang untuk satu-satu jurus. Telah dikuasai dengan kemas dan mahir dalam satu jurus,baru akan diberi jurus yang lainnya.
Latihan dengan gaya sebenar juga akan diberikan bagi kefahaman seseorang anak didik berkenaan perlawanan/pergaduhan.
Ambil rasa itulah membuka minda dan kefahaman berkenaan sesuatu itu...
Dalam Kalangan Pengamal Buah Pukul/LIAN,
Perkataan BERLIAN/BELIAN adalah sebahagian dari perkataan yang sering dikeluarkan..
Secara ringkas ianya merujuk kepada (Latihan,Berlatih,Bermain dalam latihan).
Perkataan BERLIAN/BELIAN adalah sebahagian dari perkataan yang sering dikeluarkan..
Secara ringkas ianya merujuk kepada (Latihan,Berlatih,Bermain dalam latihan).
Bagi Aliran ini, Latihan adalah Utama dan ditekankan serta Istiqomah Sepanjang masa dalam mengamalkannya bagi gerakan Anggota tubuh dan Pernafasan Seseorang PELIAN itu amatlah penting.
Aliran lian ini dari satu kini rantingnya telah berkembang ke beberapa persatuan yang kita sedia tahu (contohnya: Persatuan Buah Pukul Mersing,Gayang Lima, Lian Paduka, Gerak Lian Malaysia, Lian Padukan, Seni Buah Lian, Lian Ilham,Raja Pukul Awang Daik, Gayang Lian, Pak Mat Klang, Buah Pukul Sabili-Dungun, Buah Pukul Kemaman, Buah Pukul Tanjung Api-Kuantan dan Sebagainya) dan persatuan-persatuan yang ada dikampung-kampung belah selatan dan pantai timur semenanjung.
Dikhabarkan juga,permainan Lian Anak Dara adalah yang tercantik.
●Perincian serba sedikit:
Seni beladiri ini sudah lama berkembang ditanah melayu,ada juga mengatakan ia permainan orang dahulu belah selatan dan negeri2 berjiran dengannya, dan diperkemaskan dengan perkongsian ilmu oleh seorang pedagang..
allahuaklam, cuma yang telah tercatit seperti dibawah nanti akan kita kongsikan.
Gerak Beladiri ini tersimpan sekian lama, diajar pada saudara,kenalan,dan orang terdekat sahaja...
hal ini kerana adat gerak beladiri ini ianya tidak ditunjuk, maka tidaklah masyarakat ketahui berkenaan gerak beladiri ini.
Dahulu pun gerak beladiri ini diajar ditempat yang tidak mudah dilihat orang,seperti dalam rumah atau jika digelanggang,gelanggangnya akan ditutupi sekelilingnya.
Maka,orang tidak nampak,nak tahu haruslah datang terus berjumpa dan belajar dengan guru-gurunya.
Biasa diguna oleh pelaut2 dahulu kala bagi menjaga laluan utama perdagangan,melawan musuh2 dan beberapa sebab tersendiri lagi.
Biasa diguna oleh pelaut2 dahulu kala bagi menjaga laluan utama perdagangan,melawan musuh2 dan beberapa sebab tersendiri lagi.
Tetapi kini Seni Gerak Beladiri Lian / Buah Pukul ini sudah berkembang di semenanjung Malaysia dan mula dikenali serta diterima oleh masyarakat. (Alhamdulillah)
Kini gerak beladiri LIAN ini telah banyak dikembangkan dengan pelbagai aliran persatuan tetapi masih dibawah aliran Buah Pukul.
Pembelajaran yang agak mudah kerana tiada bunga,tetapi kekuatan stamina dan dalaman itu penting.
Seni tempur beladiri ini agak ringkas, tetapi padat dengan gerak buah pukul dan kepantasannya.
Cerita ringkas berkenaan seni beladiri ini ialah gerak untuk memukul, asal gerak mesti pukul, asal ruang itu peluang.
Asal Datang Disambut,Asal Pulang DiTurut.
Asal Datang Disambut,Asal Pulang DiTurut.
Kerajinan latihan dan latihan bayang sangat dititikberatkan dalam proses mempelajarinya, gerak hati dan ketajaman mata sangat penting dan jika kena cara latihan dan kefahaman dalam jurus,tubuh dan anggota akan menjadi multi-fungsi.Pantang Tercuit Mesti Kena.
■Sejarah Yang Tercatit:LIAN (BUAH PUKUL)■
°Ringkasan°
°Ringkasan°
Sejarah awalnya seni ini dibawa ketanah melayu oleh pedagang china iaitu pedagang Islam berasal dari Yunan bernama SYED ABDUL RAHMAN pada kurun ke-18,beliau berketurunan Saidina Samaun al-Radzi,pengasas sebenar seni ini.
Asalnya ada 2 bentuk permainan lian ini iaitu seni lian yunani dan seni lian kwantung.
Sejarah mencatatkan satu insiden berlaku di tanah perlabuhan Singapura dimana pedagang ini (Syed Abdul Rahman) telah berkelahi dengan 8 orang penarik lanca berpunca dari perselisihan faham. Dengan mudah Syed Abdul Rahman mangalahkan 8 orang tersebut.
Berita itu sampai ke pengatahuan Sultan Ibrahim,iaitu Sultan Johor pada masa itu.
Lalu baginda menyiasat kehebatan pedagang tersebut dan memerintahkan pengawal peribadinya iaitu DATUK AWANG BIN ALI (AWANG DAIK) untuk pergi menyiasat dan menguji kehebatan pedagang tersebut.
Lalu baginda menyiasat kehebatan pedagang tersebut dan memerintahkan pengawal peribadinya iaitu DATUK AWANG BIN ALI (AWANG DAIK) untuk pergi menyiasat dan menguji kehebatan pedagang tersebut.
Dari firasat Datuk Awang Daik beliau tidak mampu menewaskan kehebatan pedagang yang bernama Syed Abdul Rahman tersebut,lalu meminta izin untuk membawa sahabatnya iaitu PAK LONG MUHAMMAD YASIN YUNUS (PAK LONG) yang merupakan ketua polis Muar.
Setelah bertemu dengan Syed Adbul Rahman,Awang Daik dan Pak Long meminta pedagang tersebut untuk tunjukkan seni beladiri beliau. Setelah beberapa kali akhirnya pedagang tersebut (Syed Adbul Rahman) pun sahut cabaran itu.
Setelah bertempur,kedua duanya (Awang Dain dan Pak Long) tumpas/kalah.
Maka dengan itu, untuk menebus kekalahan tersebut, Sultan Ibrahim menitahkan agar kedua dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman. Pedagang itu dijemput untuk datang ke tanah mersing dan mengajar keduanya disana.
Setelah habis belajar dan dapat kuasai semua jurus,Syed Abdul Rahman dengan rasminya mengijazahkan keduanya (Awang Daik dan Pak Long) untuk mengembangkan seni beladiri ini. Awalnya ianya digelar seni buah pukul Mersing.
Setelah dikembangkan dan ramai anak muridnya,dan anak muridnya juga kembangkan ditempat masing maka banyaklah aliran buah pukul ini dengan pelbagai nama buah pukul.
Hal ini kerana masing-masing mengajar dengan cara sendiri,dengan yang asal,dikaji dan dibentuk maka banyaklah alirannya. Tetapi asal dan zahirnya semua aliran ini asasnya sama sahaja. Sekian lama,Awang Daik telah turunkan kepada anaknya dan mula berkembang ke tanah Rompin Pahang.
Begitu juga Paklong telah kembangkan ditempatnya. Maka banyaklah anak muridnya dan mula berkembang sampai ke Terengganu...
Kini seni ini mula berkembang ke semenanjung seperti Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan, Selangor, Melaka dan Perak serta di kepulauan burneo seperti Sabah dan Sarawak.
Aliran LIAN adalah dari 1 Rumpun yang sama.. Walau pelbagai persatuan yang ada,tapi ia dari akar yg sama, semuanya adalah Bersaudara.
(Ada juga berpendapat seni beladiri ini dipakai dari KERAJAAN JOHOR-RIAU oleh tentera-tentera silam bagi menjaga keamanan negeri dan perairan/termasuk juga negeri2 kejiranannya juga)
Melatih diri dalam Tumpuan, Ketekunan, Tidak Mudah Putus Asa, Ketegasan, Usaha Dalam apa juga Kesukaran, Mendisiplin, Berfalsafah/Bertujuan/punya pegangan diri,dan Sebagainya .
NoteUntukAnakBangsaku:
Kenalilah bangsamu,kenalilah dirimu,kenalilah jalanmu,pelajarilah segala ilmu, ilmu yg dirahmati dan diredhai,warisilah segala warisan dan pusaka bangsamu,kerna kalianlah pewaris segalanya ditanah ini..
Kenalilah bangsamu,kenalilah dirimu,kenalilah jalanmu,pelajarilah segala ilmu, ilmu yg dirahmati dan diredhai,warisilah segala warisan dan pusaka bangsamu,kerna kalianlah pewaris segalanya ditanah ini..
SayangiWarisanKita,HargaiSegalaYangAda.
DemiJatidiriSepanjangMasa,
DemiJatidiriSepanjangMasa,
Jaga&Peliharalah.
Apa yang dipelajari, fahamilah setiap perbuatannya.
Jika telah difahami,Dalamilah ia pula.
Perhalus setiap makna yang diperoleh,
kupas segala perkemas diri....
Jika telah difahami,Dalamilah ia pula.
Perhalus setiap makna yang diperoleh,
kupas segala perkemas diri....
#UkhwahSilaturrahim
Antara sebahagiannya...
Comments
Post a Comment