Nukilan Masa Buat Anak Bangsaku MALAYU




Martabat Bangsa Dalam Perjalanan Masa..

Jagalah Ia, Belalah Ia, Bangsa Malayu Bangsa Utama DiTanah Ini, Jangan Dibiarkan DiPinggir Oleh Keadaan Semasa, Bangkit Menyedarkan Dan Membela..


Islam Agama Rasmi Disini, Islam KeUtamaan DiTanah Emas Ini.. Andai Ia diGugat, Bangkitlah Atas Perjuangan Semasa. Telah Rasmi Ia Disini,Buat Kita Memegang Kesucian Duniawi, Demi Rahmat Allah Ditanah Ini...

Memartabat Warisan Bangsa...
Cari dan Pelajarilah Apa Juga Seni Persilatan & Beladirimu,
Ditambah Juga Ilmu Memanah, Hutan & Renang.
Moga berguna ia disatu masa,
Moga Dibawa Kepada Anak Cucu Kita.

Buat Anak Bangsaku,
Kenalilah Bangsamu,
Pelajarilah Silat & Beladiri Bangsamu,
Martabatkanlah Warisan Bangsamu,
Dalamilah Segala Yang Ada Berkenaan Bangsamu,
Kerna Kalianlah Pewaris Segalanya & Pewaris Tanah Tercinta..

Janganlah Hilang Jati Dirimu,
Janganlah Hilang Segalanya Berkenaan Bangsamu,
Kerna Bangsa Malayu ini Kaya Dengan Pelbagai Ilmu & Warisan.

Arus Masa Yang Berjalan,
Meninggalkan Segalanya Menuju Kemodenan.

Janganlah Pula Kita Alpa & Leka Berkenaan Yang Tertentu dan Utama..


Kerna Langit Tidak Sentiasa Cerah,
Awan Tidak Sentiasa Memutih,
Kerna Disebaliknya Adanya Kegelapan Yang Akan Datang Menuyelubungi Hari.

Janganlah Lagi Kita Tidur Disiang Hari.
Apabila Tiba Masanya,
Guntur Akan Berdentum,
Maka Bersedialah,Bangkitlah & Bangunlah...

Berdirilah Sebagai Pewaris Bangsa.
Bangsa Malayu Ini Bangsa Rahsia,Bangsa Agung Dahulu Kala...

Dihancurkan Segalanya,
Dihanyutkan Pula dalam Kemodenan Masa.


Ambil Tahulah Wahai Anak Bangsaku,
Sedar & Sedarlah Wahai Anak Bangsamu,
Jangan Asik Asyik Dengan Dunia Semasa,
Tanah DiTawan Dalam Senyuman Bersama.

Jangan Sampai Kalian Kabur Pada Mata,
Hilang Segalanya Hak, Ugama & Tanah Tercinta,
Ditindas Dalam Kemodenan Dunia,
Ditindas Dalam Senyuman Mereka,
Ditindas Dalam Pemerintahan Semasa.

Kalian Ada Hak Mutlak Ditanah Ini,
Berpegang Teguh Penyatuan Bersama,
Erat Memperkukuh Ikatan Bersama,
Bersatu Teguhlah Kita Semua,
Permulaan kita Panji Ukhwah Bersama.


Teguh Dibawah Payung Illahi,
Kesucian Agama Harus Dipelihara Disini,
Segala Termaktub Harus Dijaga,
Ketegasan Pada Yang Utama.

Berbalik Pada Jalan,
Kembali Pada Pangkal,
Khilaf Dunia Bermain Di Mata & Jiwa,
Jangan Jatuh Tergelincir Dengan Bayangan Dunia,
Keyakinan Dihati BersamaNya Tuhan Maha Esa.

Batu Yang Dikikis Akan Berlekuk Juga,
Inikan Pula Jiwa Seorang Manusia,
Tapi Kami Ada Pegangan,
Ajaran Agama Jadi Panduan.

Tapi Jangan Dijolok Sarang Tembuan,
Mencabar ia Bahana yang Menimpa,
Sabar Kami Ada Hadnya,
Diam Kami Memerhati Segalanya.

Bangkit Kami Tibanya Masa,
Demi Agama, Bangsa & Tanah Tercinta,
Langkahan Ini Langkahan Bermakna,
Berjalan Kami Tujuan Yang Nyata.


Berucap Kami Pada 1 Kalimah,
LaillahaillallahMuhammadurrasulullah itulah ia.

Berbalik Pada Kita Semua,
Penyatuan Ummah Suruhan Agama,
Ditekan Dalam Ukhwah Bersaudara,
Ikatan Silaturrahim Buat Kita Semua.

Itulah Kunci Permulaannya,
Buat Kita Berjalan Dalam Perjalanan Masa,
Jangan Dipandang Pada Mata,
Tapi Berbalik Pada KeUtamaan Agama.

Bukan Mudah Untuk Membina,
Bukan Mudah Untuk Dimula,
Tidak Mustahil Dari Kesedaran Yang Ada,
Bermula Kini Moga Kelak Telah Tersedia. 



#SerumpunWarisan
#MemartabatWarisanBangsa
#GerakanAnakMudaMartabatBangsa
#GerakanPendekarSeMalaysia (GPS)
#TeratakBelian
#NahdatulUmmah
#UkhwahPersaudaraan
#SilaturrahimDiEratkan
#BersatuTeguhEratMemperkukuh
#KitaPewarisWarisanBangsa
#KitaPewarisTanahTercinta
#IslamAgamaRasmi








Create by: SangPurba

FB Gerakan: Teratak Belian
Page: Serumpun Warisan : Teratak Belian


Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Buah Pukul Melayu - LIAN

Misteri Bangsa Melayu (DiSebalik Perjalanan Masa Tanah Melayu & Nusantara)

LIAN / Buah Pukul Melayu