Beladiri Dalam Dunia Masa Kini



Kemajuan Masa Kini & Seni Beladiri
• Adakah Seni Beladiri Masih Relevan Untuk Dipelajari dan Dibawa??

●Ada Yang Kata,
Pihak Berkuasakan Ada..
Senjata Apikan Ada,Tembak terus Diam..
Undang-undangkan ada,apa nak takut...
Sembang Kari Bab Martial Art,Silat Bagai..Pistol kan ada,Lawan Berterabur juga..
Dan sebagainya...
Ada juga yang mempersenda Orang-orang yang membantu dan yang  menekankan perihal seni beladiri ini..

●Hanya dari Pandangan Sahaja..
Seni beladiri ini Harus Ada Pada Setiap Individu, kerana 'Kecelakaan' tidak Tahu Bagaimana ia datang menguji kita..
Dari Segi Kehidupan ditempat awan,diri sendiri dan apa-apa yang Boleh Dikaitkan Dengan Diri dan Membela Diri itu..
"Dan Bagi Mereka Orang-Orang Yang Dilakukan Zalim & Dianiaya, Harus Mereka Membela Diri"
(Antara keratan QS: Al-Syura' 39-40)

Pelbagai Pengajaran yang boleh kita ambil dalam perjalanan masa ini dengan apa yang terjadi di sekitar kita dan didunia ini juga..

Kes biasa yang terjadi ditempat kita sendiri, Ragut,Rompak,Rogol,Samun,Pecah Rumah dan Sebagainya kejadian2 jenayah yang berlaku..
ianya iktibar dalam kesenangan hidup kita kini..
Ya...undang-undang ada, pihak berkuasa ada..

Tapi jika perlu atas keadaan dan situasi..adakah kita harus berserah tanpa usaha yang perlu diketika itu???
Jika kita ada sedikit pengatahuan dan ilmu berkenaan Beladiri, Insyaallah dapat jugalah membantu diri dalam usaha menangai sesuatu keadaan itu..
Ingatlah,Allah lebih mengatahui sesaat dan seketika apa yang kita lalui dan hadapi, usaha diri dalam menangai perihal2 keadaan itu juga perlu atas keperluan semasa.

Ada kes2 yang mana membela diri dan keluarga juga dikenakan tindakan undang-undang Dunia.
Tapi kita selagi berdaya,selagi diberi kemampuan dan akal, kita gunakanlah...

1. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa ada seseorang yang menghadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, ia berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika ada seseorang yang mendatangiku dan ingin merampas hartaku?”
Beliau bersabda, “Jangan kau beri padanya.”
Ia bertanya lagi, “Bagaimana pendapatmu jika ia ingin membunuhku?”
Beliau bersabda, “Bunuhlah dia.”
“Bagaimana jika ia malah membunuhku?”, ia balik bertanya.
“Engkau dicatat syahid”, jawab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Bagaimana jika aku yang membunuhnya?”, ia bertanya kembali.
“Ia yang di neraka”, jawab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. (HR. Muslim no. 140).

2.Ada seorang laki-laki mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata, “Ada seseorang datang kepadaku dan ingin merampas hartaku.”
Beliau bersabda, “Nasehatilah dia supaya mengingat Allah.”
Orang itu berkata, “Bagaimana kalau ia tak ingat?”
Beliau bersabda, “Mintalah bantuan kepada orang-orang muslim di sekitarmu.”
Orang itu menjawab, “Bagaimana kalau tak ada orang muslim di sekitarku yang bisa menolong?”
Beliau bersabda, “Mintalah bantuan penguasa (aparat berwajib).”
Orang itu berkata, “Kalau aparat berwajib tersebut jauh dariku?”
Beliau bersabda, “Bertarunglah demi hartamu sampai kau tercatat syahid di akhirat atau berhasil mempertahankan hartamu.” (HR. An Nasa’i no. 4086 dan Ahmad 5: 294. Hadits ini shahih menurut Al Hafizh Abu Thohir)

3.
عَنْ سَعِيدِ بْنِ زَيْدٍ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : « مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ أَوْ دُونَ دَمِهِ أَوْ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ »
Dari Sa’id bin Zaid, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Siapa yang dibunuh karena membela hartanya maka ia syahid. Siapa yang dibunuh karena membela keluarganya maka ia syahid. Siapa yang dibunuh karena membela darahnya atau karena membela agamanya, ia syahid.” (HR. Abu Daud no. 4772 dan An Nasa’i no. 4099. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih).

●Seni Beladiri Warisan Malayu..
•Tak Salah Kita promosi apa2 Bentuk Warisan pun..satu cara utk menarik minat dan kembangkan martial art itu juga... Bukan pasal banyak dok Sembang saja, cuba ubah pandangan dengan lebih Positif..
dari dok asyik dgn kmajuan dunia, semua yang berkaitan beladiri dan warisan dipersenda dan diperlelehkan..dan semua diabaikan...

•Dunia ni adil, ada yg org hidup moden dan tak pandang bentuk2 warisan dan martial art,ada yang kekal membawa dan kembangkannya,ada yg membantu dalam pelbagai aspek dan cabang berkaitannya....

•Yakinkah Senjata moden bertahan jika diserang mahupun berperang???
Sedangkan kita tahu tiba masa nanti,apa juga bentuk senjata mahupun jentera dah tiada fungsi lg.. jadi bagaimana???
Contoh la yg dok hangat sekarang org dok sebut pasal org2 islam ditindas dan dikejami.. mana senjata api semua?? Cukup ke nk membantu??
Dah apa nk buat, lari?? Serah diri dan direjam dibuli??
Usaha mempertahankan diri sudah tiada,perjuangan utk diri hilang entah kemana,setakat cakap semua orang boleh ckp..itu ada ini ada...
Dan disebabkan itu jugalah Islam menekankan perihal Ikatan dan Persaudaraan, Bersatu,Ukhwah. Bersama dalam mengeratkan ikatan bg umat islam..
jika telah berlaku sesuatu,Bangkitlah Dalam Bersama Demi Mempertahankan dan Membela.. Bermula Kini Kita Mulakan, Kelak Telah Tersedia Sebuah Kekuatan....fahamilah...

•Sekarang pun,secara terbuka.. senjata boleh ke dibawa ke tempat awam utk mempertahankan diri dari dirompak atau apa2 situasi yg mendatang...parang pisau pun boleh ditahan jika dibawa kemana-mana,inikan senjata api..
Apapun, tiba masa kita tahu bagaimana kelak..

•Tak apalah dunia tiada apa sekarang..Aman damai,boleh gelak tawa... saudara-saudara kita dibucu2 dunia sengsara...
Mungkin Allah Panjangkan masa kita disini dengan kedamaian ada Hikmahnya..
Yang berlaku iktibar dan Pedoman buat kita,Usaha Kita dalam Persediaan Kemungkinan Yang Mendatang..
Sekurang-kurangnya Untuk Diri Dan Agama yg kita bersama Kini.

•Masing2 punya Pegangan, Pandangan dan Hujah.. itu hak masing-masing..
Yang Nyata Akan Tiba Masanya Itulah Yang Pasti, Persediaan itu dibawa Berpanjangan,Usah Mati Kekeringan..

•Pelajarilah Juga Berkuda,Berenang Dan Memanah... kenapa Rasulullah Sampaikan ini pada kita..??
Zaman Rasullullah,Perang dalam mengembangkan Agama bagi mereka yang mengancam... Berpedang,Berkuda..
Jika Sudah Berpedang,Mesti Ada Asas Memainkannya,iaitu dari Membela Diri..
Pada kita kini, Pesanan itu diberi untuk Membela dan Mempertahankan Agama Islam ini, JatiDiri Islam dalam Perjalanan Masa itu adalah satu ujian bagi setiap Insan Dalam melalui masa. Teguh Dan Yakinlah Pada-Nya.
Bersama kita Serumpun SeAgama Ukhwah Bersaudara.

#RenunganBersama
#KitaPunyaAkal
#MartabatWarisanBeladiriBangsa
#PerjalananDanPerjuangan
#UsahaDiriDalamKemajuan
#AkhirNantiItuPasti

Teruskan dalam membawa dan kembangkan seni beladiri warisan ini.
Usah Cetek Akal dan Fikiran..




Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Buah Pukul Melayu - LIAN

Misteri Bangsa Melayu (DiSebalik Perjalanan Masa Tanah Melayu & Nusantara)

LIAN / Buah Pukul Melayu